sertai kami

Program & Aktiviti

Sewaan Foodtruck

Kami juga menyediakan perkhidmatan sewaan foodtruck dengan hanya RM2,500 sahaja sewaan untuk sebulan. 

Untuk menyewa atau untuk maklumat lanjut, hubungi kami

Membeli Sambil Menderma

Membeli sambil menderma produk KYOOR (RM200/ kotak) termasuk kos penghantaran. 

KYOOR adalah gabungan superfood campuran buah-buahan tropika yang sangat tinggi fitonutrientnya serta diadun bersama herba Ashwagandha yang merupakan adoptogen yang sangat penting sebagai TONIK SARAF. Adunan ini akan dapat memperbaiki, membantu & menjana kesihatan tubuh secara fizikal & emosi. 

Kelebihan Kyoor

Membeli sambil menderma produk ACTIVE PLUS (RM150/ unit).

ACTIVE PLUS by Dermags International, mempunyai 10 kali ganda anti-oksida dan membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan.

Diformulasi secara eksklusif daripada bahan ekstrak semulajadi untuk meningkatkan sistem imun tubuh badan.

Active Plus

Membeli sambil menderma produk MANGOSTEEN COFFEE (RM150/ 3 unit).

MANGOSTEEN COFFEE by Dermags International, lebih dari sekadar kopi dengan kandungan bahan yang terbaik, yang memberi manfaat kepada kesihatan anda.

mangosteen coffee

Membeli sambil menderma produk SANITARI PAD.

Membeli sambil menderma produk sanitari pad berherba yang berharga RM180/set (8pcs), untuk disumbangkan kepada wanita yang berpenyakit.

Sanitari Pad Beherba

Membeli sambil menderma produk PERFUME DERMAGS.

Membeli sambil menderma produk perfume untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan sebagai ‘bakul makanan’ atau barang hamper untuk majlis bersama VIP.

Perfume (Dana & Sumbangan)

Testimoni

Testimoni
ngo dana persatuan kebajikan masyarakat prihatin muar
Testimoni
Testimoni
Testimoni

    PENUBUHAN PUSAT LATIHAN DAN PENGAJIAN AL-QURAN

    KONSEP PENGAJIAN PONDOK

    1- Sistem pengajian pondok di Malaysia bermula sejak sebelum Perang Dunia ke Dua atau lebih awal lagi. Sejarah awal pengajian pondok bermula dengan seorang individu ( tok guru ) yang mempunyai pengetahuan luas dalam bidang agama , beliau membina beberapa rumah yang ringkas untuk dijadikan madrasah iaitu tempat melakukan segala aktiviti pengajian seperti kuliah agama, solat, tempat belajar Al-Quran dan juga sebagai tempat tinggal para pelajar .'

     

    2- Konsep pengajian pondok tradisi yang asalnya banyak terdapat di Kedah dan Kelantan memerlukan para pelajar menetap di pondok-pondok bagi “ mengadap ‘ tok guru dan ustaz-ustaz dalam  bidang ilmu agama seperti fekah, usuluddin, pengajian al-Quran, tajwid , tasawuf dan lain-lain mengikut kepakaran ustaz-ustaz yang ada di pondok tersebut.

     

    3- Murid-murid terdiri daripada golongan muda seawal umur baligh telah dihantar oleh ibubapa mereka untuk mendalami ilmu agama disamping membentuk sahsiah diri menjadi anak yang soleh yang bertakwa. Anak-anak yang belajar di pondok lebih dihormati oleh masyarakat apatah lagi sehingga mereka tamat pengajian.

     

    4- Selain daripada itu bagi anak-anak yang telah menamatkan sesi pengajian pondok di dalam Negara mereka akan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Mekah, Madinah, Jordan, Mesir  serta negara arab yang lain bagi mengukuhkan lagi pengetahuan agama mereka.

     

    5- Semua ini adalah bertujuan untuk melahirkan ustaz-ustaz atau para mursyidin yang pakar lagi arif dalam pelbagai bidang agama.

     

    6- Ia juga merupakan suatu program ko-kurikulum yang berlandaskan ajaran Islam yang mencerminkan keindahan dan kesyumulan agama yang bersesuaian dengan agama Islam itu sendiri , sebagai addin ( the way of life ).

     

    7- Pengajian pondok tidak terhad kepada anak-anak muda sahaja malah golongan dewasa sama ada yang belum berkahwin atau sebaliknya juga boleh mempelajari ilmu agama ini di pondok dan menetap di sana bersama pasangan masing-masing.

     

    8- Nampak ringkas tetapi anehnya sistem pengajian pondok seperti ini berjaya bertahan sehingga ke hari ini  kerana keberkatan dan niat yang ikhlas tenaga pengajar yang suatu ketika dahulu perkhidmatan mereka tiada bayaran apa-apa pun.

    SISTEM PENGAJIAN PONDOK

    1- Pondok-pondok pengajian di Kedah dan Kelantan masih kekal dengan cara tradisi dari segi pengajian dan kemasukan para pelajar. Namun terdapat juga individu yang meneruskan sistem pengajian pondok ini dengan mengubahsuaikan sistem tersebut  mengikut peredaran masa dan kehendak semasa yang lebih efisyen dan fleksibel.

     

    2- Bangunan-bangunan madrasah , prasarana-prasarana yang lengkap dengan segala kemudahan teknologi terkini seperti komputer, dan tempat tinggal yang baik serta moden telah dibina bagi memenuhi keperluan semasa pelajar dan ustaz-ustaz di pondok. Para tenaga pengajar pondok yang berkelulusan luar Negara dan bertauliah adalah antara tenaga pengajar yang berkhidmat di pondok.

     

    3- Pengajian pondok ini tidak terkecuali daripada melaksanakan aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum yang bersepadu yang mana ia mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak kerajaan.

     

    4- Kelas tahfiz Al-Quran merupakan ko-kurikulum baru yang mungkin pada masa dulu tidak diperkenalkan meluas atas sebab kekurangan tenaga pengajar dan sambutan masyarakat pada suatu masa dahulu.

    CADANGAN PEMBINAAN PUSAT PENGAJIAN PONDOK PKM PRIHATIN

    1- Cadangan pembinaan pondok di Muar adalah baik memandangkan TIADA terdapat pengajian pondok yang dibina di Johor. Ia merupakan suatu usaha yang murni untuk menyebarkan ilmu agama yang mana usaha itu tidaklah hanya terhad kepada tok guru-tok guru sahaja.

     

    2- Dibawah cadangan ini Persatuan Kebajikan Masyarakat Prihatin Muar akan bertanggungjawab mengenalpasti ustaz-ustaz atau tok guru yang akan dilantik sebagai pengetua atau mudir yang bertanggungjawab dari segi penyediaan tenaga pengajar dan bidang pengajian. Manakala urusan pentadbiran yang lain akan diuruskan oleh Persatuan Kebajikan Masyarakat Prihatin Muar dan bersama-sama pihak pengetua.

    KELAYAKAN KEMASUKAN​

    Para pelajar yang layak diterima masuk ke pondok pengajian yang dicadangkan adalah terdiri daripada :-

    Pasangan suami isteri berumur 45 tahun ke atas.

    • Keutamaan yang diberikan kepada golongan sasaran ini adalah bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengisi masa-masa yang terluang dengan mendalami ilmu agama khususnya dan menumpukan usaha-usaha untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat kelak.​

    Golongan Muda berumur 18 tahun ke atas​

    • Golongan ini akan diterima masuk setelah melalui proses penilaian yang ketat bagi memastikan kemasukan mereka tidak disebabkan paksaan daripada ibubapa mereka atau ibubapa menjadikan Pusat Pengajian Pondok Persatuan Kebajikan Masyarakat Prihatin Muar ini sebagai tempat meletakkan anak-anak mereka yang nakal dan gagal dibimbing.​

    YURAN KEMASUKAN DAN KEMUDAHAN DISEDIAKAN

    Para pelajar akan dikenakan bayaran sebanyak RM300.00 sebulan bagi seorang pelajar untuk memasuki pusat pengajian pondok Persatuan Kebajikan Masyarakat Prihatin Muar bagi belajar mendalami ilmu pengajian pondok ini.

    Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah :-

    • Sebuah pondok yang selesa berbentuk ‘chalet’ bagi tempat tinggal pelajar. Pondok tersebut mempunyai keluasan yang sederhana dengan dilengkapi dengan satu bilik tidur, dapur, bilik air dan ruang tamu.​

    • Para pelajar dikehendaki memasak , mencuci pakaian sendiri dan menjalankan aktiviti lain serta mereka dibenarkan untuk membawa tetamu ke tempat tersebut.

    Pengajian agama

    • Para pelajar diwajibkan menghadiri kelas-kelas agama yang diaturkan oleh pihak pengetua dan semua pelajar WAJIB menghadiri solat jemaah di surau sepanjang mereka berada di pusat pengajian pondok Persatuan Kebajikan Masyarakat Prihatin Muar.

    Kemudahan Internet ( wi-fi )

    • Kemudahan wi-fi kan disediakan sesuai dengan permintaan masa kini dan untuk kemudahan para pelajar membuat rujukan berkaitan dengan pengajian dan hal-hal lain.

    Haji dan Umrah

    • ​Persatuan Kebajikan Masyarakat Prihatin Muar turut menyediakan perkhidmatan kepada para pelajar yang ingin mengerjakan haji atau umrah dengan bayaran yang akan ditentukan kemudian.

    Lain-lain Kemudahan

    • Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan dari masa ke semasa mengikut keperluan para pelajar dan keputusan dari pihak Persatuan Kebajikan Masyarakat Prihatin Muar.

    Bayaran bil elektrik dan bil air

    • Bayaran bil elektrik dan bil air setiap pondok adalah ditanggung oleh Pusat Pengajian Pondok Persatuan Kebajikan Masyarakat Prihatin Muar.​

    PEMBINAAN BANGUNAN & KEMUDAHAN ASAS

    Adalah dicadangkan bangunan-bangunan yang akan dibina adalah untuk kemudahan dan kegunaan seperti di bawah :

    • 1 Unit bangunan surau

    • 1 Unit bangunan dewan serbaguna

    • 1 Unit bangunan pejabat

    • 30 hingga 50 unit rumah / pondok kediaman para pelajar

    • 1 Unit pondok pengawal keselamatan

    • Penyediaan kemudahan bekalan api dan elektrik.

    ANGGARAN KOS PEMBINAAN & KEPERLUAN TANAH​

    • Segala kos dan perbelanjaan bagi pembinaan bangunan dan kemudahan adalah ditanggung oleh pihak Persatuan Kebajikan Masyarakat Prihatin Muar. Segala bayaran gaji atau upah tenaga pengajar dan lain-lain bayaran pengurusan adalah juga ditanggung oleh Persatuan Kebajikan Masyarakat Prihatin Muar.

    • Pihak Persatuan Kebajikan Masyarakat Prihatin Muar akan memohon kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk mendapatkan dana sebanyak 5 juta bagi tujuan pembinaan Pusat Pengajian Pondok Persatuan Kebajikan Masyarakat Prihatin Muar tersebut sebagai pusat pengajian pondok yang dicadangkan.

    • Lokasi tanah yang sesuai yang bakal di bangunkan oleh Persatuan Kebajikan Masyarakat Prihatin Muar ialah melalui jalan besar Muar ke Parit Jawa iaitu di Parit Punggor Jalan Abdul Rahman, Muar Seluas 3.5 ekar.

    KESIMPULAN

    • Cadangan pembinaan tempat pengajian mengikut sistem pondok adalah amat wajar dalam usaha menyebarkan ilmu Allah dan memberi peluang kepada warga Johor untuk merasai suasana pembelajaran pengajian agama sistem pondok yang telah lama wujud terutama di Kelantan dan Kedah.

     

    • Pembukaan pondok ini juga dapat memberi faedah kepada para ustaz dan hafiz Al-Quran untuk berkhidmat dan menyebarkan ilmu kepada masyarakat Johor dan masyarakat Muar secara khususnya dan di seluruh Malaysia amnya.

    ingin bersama membuat amal?

    Bantu kami mengumpul dana supaya dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan.